Kehadiran syarikat pengeluar automotif China di pasaran ASEAN akan membantu negara terbabit mewujudkan pemodenan rantaian perindustrian kenderaan.

Demikian kata Presiden Persatuan Kenderaan Elektrik Thailand (EVAT) Suroj Sangsanit dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Setakat Julai tahun ini, terdapat sekurang-kurangnya tujuh pengeluar auto China termasuk BYD, Great Wall, Changan dan Chery yang membina kilang di Thailand.

Dalam pada itu, jenama BYD menyiapkan kilang seluas hampir sejuta meter persegi di sebuah taman perindustrian di wilayah Rayong yang berjarak 185 kilometer dari Bangkok.

Suroj menyifatkan hal itu sebagai peluang besar bagi ASEAN, membolehkan perusahaan berkenaan menguasai teknik penghasilan komponen kenderaan elektrik (EV) yang berteknologi tinggi.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Thailand memperkenalkan siri dasar untuk memacu perkembangan industri EV supaya mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.

Statistik menunjukkan jumlah kenderaan elektrik berkuasa bateri berdaftar di Thailand mencapai kira-kira 76,000 unit pada 2023, iaitu 12 peratus keseluruhan kenderaan berdaftar di negara itu. Antaranya, jualan EV jenama China mencecah 61,000 unit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here