DHAKA, 18 Okt – Lembaga Hasil Kebangsaan Bangladesh (NBR) pada Khamis mengurangkan duti import telur secara drastik daripada 25 peratus kepada 5 peratus untuk membantu mengawal harga.

Pemotongan duti import telur akan mengurangkan kos import telur sebanyak 13.8 taka untuk satu dozen, menjadikan sumber protein termurah di negara itu mampu dimiliki oleh rakyat jelata, menurut NBR dalam kenyataan selepas mengeluarkan perintah itu.

Pengurangan cukai import bagi telur ini sah sehingga 31 Disember tahun ini.

Rakyat Bangladesh dilaporkan mengurangkan pengambilan telur apabila harga melonjak kepada 200 taka sedozen sepanjang minggu lepas di ibu negara Dhaka dan kawasan lain di seluruh negara.

Kementerian Perdagangan negara itu menganggarkan permintaan harian untuk telur ialah 40 juta biji. (US$1 bersamaan kira-kira 120 taka).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here