BEIJING, 21 Okt – Forum Kumpulan Pemikir Selatan Global yang dihoskan bersama Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (IDCPC) dan Kumpulan Media China (CMG) meraih perhatian media tempatan dan asing.
Media arus perdana domestik seperti People’s Daily, Xinhua News Agency dan Guangming Daily membuat liputan forum berkenaan yang menyaksikan penyertaan secara hibrid tokoh politik, wakil kerajaan, sarjana dan pengamal media dari 76 negara.
Selain itu, 1,215 media utama asing antaranya ABC, NBC, BigAsia TV dan EULEADER juga menyiarkan berita berhubung forum itu sebanyak 1,370 kali, dengan bacaan global melebihi 39.85 juta.
Sementara program khas yang bersiaran menerusi saluran Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) serta platform media baharu meraih tontonan cukup menggalakkan dalam kalangan negara Selatan Global.