ROM, 22 Okt – Ribuan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat hujan lebat yang melanda utara Itali.

Di Bologna dan kawasan sekitarnya, lebih daripada 2,000 penduduk terpaksa bermalam di pusat perlindungan sementara atau menumpang di rumah saudara dan rakan.

Beberapa jalan utama ditenggelami air, sementara seorang lelaki berusia 20 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terperangkap dalam keretanya akibat banjir.

Wilayah Emilia-Romagna dilanda ribut hingga menyebabkan kerosakan yang dianggarkan mencecah beberapa juta euro.

Beberapa bahagian di selatan Itali, termasuk Calabria dan Sicily turut dilanda banjir sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Bagaimanapun, ahli meteorologi meramalkan keadaan akan beransur pulih dalam tempoh beberapa hari akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here