KUALA LUMPUR, 4 Nov — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang meneliti perkembangan teknologi baharu termasuk direct to device yang menggunakan teknologi satelit Low Earth Orbit (LEO) bagi menambah baik liputan internet, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata teknologi baharu penyediaan perkhidmatan internet itu akan memberi manfaat kepada pengguna terutama penduduk di luar bandar dan kawasan pedalaman.

Beliau berkata langkah itu antara komitmen MCMC untuk menambah baik perkhidmatan internet dan infrastruktur komunikasi di seluruh negara.

“Selain itu berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai dan dapatan MCMC mengenai isu liputan yang dihadapi serta perancangan berterusan, beberapa penambahbaikan akan dilakukan, termasuk mengenal pasti lokasi yang bersesuaian untuk dimasukkan dalam JENDELA Fasa 2 kelak,” katanya pada sesi soal jawab hari ini.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) mengenai lokasi yang memerlukan peningkatan sambungan Internet dan usaha kementerian memperbaikinya melalui teknologi terkini seperti satelit atau menara bagi menangani masalah sambungan yang lemah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here