Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Ratu Naiqama Lalabalavu yang dipilih sebagai Presiden Fiji, pada Selasa.
Xi dalam perutusan tahniahnya menyatakan bahawa Fiji antara negara kepulauan Pasifik yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.
“Hubungan China-Fiji melakar kemajuan besar sejak jalinan ikatan diplomatik pada 49 tahun dahulu, memberikan limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, di samping menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau bahkan dunia.
“Saya mementingkan hubungan China-Fiji dan komited berusaha bersama dengan Tuan untuk mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif agar membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” kata Xi.