Perdana Menteri Li Qiang pada Isnin bersimposium bersama wakil pempamer dan pembeli yang menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi ketujuh di Shanghai.

Li berkata pasaran China tetap merupakan pilihan terbaik bagi perusahaan semua negara.

China akan melonggarkan lagi akses pasaran, menggalakkan keterbukaan secara teratur dalam sektor telekomunikasi, pendidikan, budaya dan perubatan, di samping terus mengoptimumkan persekitaran perniagaan.

Beliau berharap syarikat asing terus berakar dalam pasaran China dengan membawa lebih banyak produk dan perkhidmatan berkualiti.

Simposium itu dihadiri eksekutif perniagaan dari syarikat tempatan dan asing termasuk Synopsys, Zeiss Medical Technology, Hexagon, General Electric, SK Group, MSD, China FAW Group Corp dan Xiaomi.

Mereka optimis terhadap pasaran China dan komited terus memperluas pelaburan di negara Tembok Besar serta mempercepat inovasi dan pembangunan bersepadu sebagai usaha memacu pembangunan mampan di peringkat global.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here