Jet pejuang halimunan J-35A akan membuat debut di Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China, atau lebih dikenali sebagai Airshow China edisi ke-15.

Demikian dinyatakan oleh Kononel Niu Wenbo dari tentera udara Tentera Pembebaskan Rakyat China (PLA), dalam sidang akhabr di Beijing pada Selasa.

Airshow China ke-15 akan diadakan di Zhuhai, provinsi Guangdong dari 12 hinga 17 Nov ini.

Pakar ketenteraan Li Li menjelaskan bahawa penampilan sulung jet pejuang halimunan bersaiz sederhana J-35A memandakan tentera udara China kini mempunyai dua jenis jet pejuang halimunan, iaitu J-20 dan J-35A.  

China turut menjadi negara kedua di dunia yang mempunyai dua jenis jet pejuang halimunan selepas Amerika Syarikat (AS) yang memiliki F-22 dan F-35. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here