Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Persidangan Pengajian Klasik Dunia, pada Khamis. 

Xi berkata Persidangan Pengajian Klasik Dunia anjuran bersama China dan Greece, dan penubuhan Institut Pengajian Tamadun Klasik China di Athens menyediakan platform baharu bagi pertukaran dan saling pempelajaran antara tamadun di dunia.

Beliau menekankan kesediaan China untuk berganding tangan dengan masyarakat antarabangsa untuk mempraktikkan Inisiatif Peradaban Global (GCI) dan menghadapi cabaran bersama, selain mendorong kemajuan dan pembangunan tamaduan manusia.

Persidangan Pengajian Klasik Dunia pertama membuka tirai di Beijing pada Khamis. Ia dianjurkan bersama oleh Akademi Sains Sosial China, Kementerian Pendidikan China, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, Kementerian Kebudayaan Greece, dan Akademi Sains Athens Greece. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here