JOHOR BAHRU, 14 Okt — Syarikat rangkaian makanan segera yang pertama dan terbesar di Malaysia, Marrybrown hari ini mengumumkan kerjasama yang pertama dengan Hospital Sultan Ismail (HSI) melalui pembukaan dan penyerahan kawasan permainan kanak-kanak “MB Playland” kepada Hospital tetrsebut.

Pengerusi Persatuan Amal Marrybrown, Datuk Lawrence Liew berkata bahawa MB Playland menandakan permulaan penting inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Marrybrown di bawah Persatuan Amal Marrybrown.

“Kami sangat berbangga untuk bekerjasama dengan HSI ketika kami membuka MB Playland pertama di Johor Bahru dan sasaran kami untuk meningkatkan pemikiran positif dan keyakinan anak melalui MB Playland, yang berfungsi sebagai gangguan yang sesuai terutamanya untuk pesakit muda yang datang untuk rawatan.

“Kami sangat berbangga untuk bekerjasama dengan HSI ketika kami membuka MB Playland yang pertama di Johor Bahru dan sasaran kami untuk meningkatkan pemikiran positif dan keyakinan kanak-kanak melalui MB Playland.

“Terdapat keperluan untuk kanak-kanak bermain dan menikmati keseronokan walaupun ketika menunggu untuk mendapatkan rawatan, dan Hospital Sultan Ismail terbukti mempunyai ruang yang sesuai untuk membangunkan kawasan permainan kanak-kanak di premisnya,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Liew berkata dalam usaha untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, Marrybrown mengorak langkah menubuhkan Persatuan Amal Marrybrown bertujuan untuk memberi bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik, ibu tunggal dan warga emas menerusi pelbagai acara amal dan kami sentiasa mengambil bahagian dalam pelbagai program amal.

“Kami berhasrat untuk membangunkan taraf hidup dan kualiti hidup dengan menyediakan pendidikan dan kebajikan yang sepatutnya – menyumbang kepada keharmonian sosial dan keamanan dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kehidupan kanak-kanak kurang bernasib baik, ibu tunggal dan warga emas.

“Selepas MB Playland, Persatuan Amal Marrybrown akan memberi tumpuan kepada usaha mengumpul dana dengan menganjurkan acara amal dan kegiatan yang melibatkan orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada CSR.

Persatuan tersebut juga akan meletakkan peti sumbangan di setiap outlet untuk membolehkan semua orang menyumbang kepada kebajikan masyarakat, ” katanya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here