KUALA LUMPUR, 18 Jan — Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan proklamasi darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata  Presiden parti  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju pemilihan UMNO bagi semua peringkat diteruskan pada tarikh yang sesuai tahun ini.

“Kesemua ahli UMNO diingatkan agar sentiasa mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad turut mengingatkan semua ahli UMNO supaya sentiasa menumpukan perhatian kepada isu membela dan membantu rakyat ketika situasi mencabar sekarang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here