PETALING JAYA, 20 Jan: Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman disahkan positif Covid-19, selepas menjalani ujian saringan semalam.
Beliau dalam kenyataan menggesa mana-mana individu yang pernah berjumpa dengannya supaya turut menjalani ujian saringan Covid-19.
“Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan saya,” katanya.