KUALA LUMPUR, 21 Okt — Sempena sambutan ulang tahun ke-50, Samsung Malaysia Electronics menawarkan diskaun hebat, hadiah percuma eksklusif dan harga istimewa kepada pelanggannya dari 15 Okt hingga 30 Nov.

Menurut kenyataan syarikat itu hari ini, pembeli berpeluang mendapat televisyan pintar TV QLED 4K model Q75R 65 inci pada harga promosi RM13,299 dan layak menerima pembesar suara Samsung percuma yang bernilai RM3,399.

“Sementara itu, pembeli peti sejuk Samsung, mesin basuh Samsung dan pendingin hawa Samsung juga layak menerima hadiah percuma.

“Untuk mendapatkan perincian penuh promosi dan maklumat lanjut mengenai promosi, orang ramai boleh mengunjungi peruncit sah Samsung atau layari www.samsung.com/my/50th-anniversary, ” menurutu kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here