PETALING JAYA,19 Feb : Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, teknologi 5G akan mula dinikmati rakyat secara berperingkat menjelang hujung tahun ini dan Malaysia akan menjadi antara negara pertama di Asia Tenggara yang membina ekosistem perkhidmatan itu.

Muhyiddin berkata, teknologi 5G akan menjadi “gamechanger” kerana akan wujud lebih banyak perkhidmatan pintar yang akan membawa kesan secara langsung kepada kesejahteraan rakyat.

“5G bukan sahaja sekadar menjanjikan capaian internet lebih laju, tetapi lebih penting daripada itu, ia memungkinkan pelbagai aplikasi penting berada dalam genggaman pengguna.

“Ia termasuk aplikasi pemantauan kesihatan bagi pesakit kronik, bantuan kecemasan pintar dan aplikasi khas bagi warga emas yang tinggal bersendirian,” katanya sewaktu berucap pada majlis pelancaran MyDIGITAL & Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here