PETALING JAYA,8 Mac: Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan cadangan kelas dalam talian karate oleh Wanita MCA dalam usaha memerangi keganasan rumah tangga sebagai “menyimpang”.

Bekas timbalan perdana menteri berkata, “setiap wanita harus memiliki sedikit pengetahuan mengenai mempertahankan diri”, tetapi menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga memerlukan lebih banyak usaha.

Wan Azizah berkata demikian pada pelancaran kempen “Community Alert” Wanita PKR dan aplikasi mudah alih “Rakan Komuniti”.

Sempena Hari Wanita Sedunia, aplikasi itu diwujudkan untuk menerima aduan orang ramai dan menyokong mereka yang menghadapi masalah keselamatan atau kebajikan.

Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie, mengajukan cadangan karate itu pada perhimpunan agung partinya pada hujung minggu lalu.

Wanita DAP mengkritik cadangan itu dan menyifatkannya “pelik, lucu, dan tidak bertanggungjawab” untuk membantu wanita mempertahankan diri daripada pasangan yang bertindak ganas.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, berkata sentimen Wanita MCA kurang baik dan penyelesaian lain seperti kempen kesedaran dan kursus praperkahwinan mengenai hubungan sihat akan lebih berkesan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here