PUTRAJAYA, 8 Mac — Janji temu mereka yang tidak tersenarai dalam fasa pertama penerima vaksin COVID-19 telah dibatalkan susulan aduan pemberi maklumat berkaitan isu memotong giliran, kata  Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kira-kira 200 aduan telah diterima berkaitan isu memotong giliran senarai penerima vaksin setakat ini dan dalam satu aduan pada 4 Mac, terdapat juga senarai mereka yang tidak tergolong dalam fasa pertama.

“Apabila saya semak jawapan yang diberi, mereka sudah selesai beri suntikan kepada barisan hadapan kesihatan maka mereka tambah individu daripada agensi yang tidak tersenarai dalam fasa pertama. 

Atas aduan tersebut kita telah membatalkan semua janji temu daripada mereka yang tidak tersenarai dalam fasa pertama,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here