IPOH,11 Mac: Pewartaan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021 yang berkuatkuasa hari ini akan memudahkan polis bertindak terhadap penyebar berita palsu.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, mengalu-alukan keputusan kerajaan itu, kerana dengan ordinan ini polis tidak lagi perlu mendapatkan “Order To Investigate” atau Perintah Untuk Menyiasat (OTI) bagi kesalahan berkaitan berita palsu.

Mengatakan tujuan berita palsu disebarkan untuk mencetuskan ketidaksenangan hati satu pihak, kegemparan umum, dan kegusaran, Hamid mendedahkan bahawa permohonan OTI boleh mengambil masa yang “agak lama”.

“Kita menunggu dan kita memantau sebenarnya, ada pasukan yang memantau selama 24 jam tentang apa yang dihidangkan dalam sosial media,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here