GUANGZHOU, 25 April– Ekspo Import dan Eksport China ke-129 atau turut dikenali sebagai ‘Canton Fair’ yang berlangsung secara maya sejak 15 April lalu  melabuhkan tirainya pada Sabtu.

Ekspo kali ini membuahkan hasil seperti yang dijangka apabila berjaya menarik penyertaan 26,000 syarikat dari 227 negara dan wilayah, selain mempamerkan lebih 2.76 juta komoditi termasuk sejumlah 840 ribu produk baharu.

Lebih 35 juta pelayar mengunjungi laman web rasmi ekspo kali ini dengan jumlah pembeli mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah.

Jurucakap Canton Fair, Xu Bing berkata ekspo tersebut membantu syarikat-syarikat asing menembusi pasaran China yang berpotensi besar, dan berkongsi peluang pembangunan yang dibawa pertumbuhan ekonomi di negara ini.

Menurut Xu, di sebalik situasi pandemik COVID-19 yang sedang melanda di seluruh dunia dan cabaran amalan globalisasi, ekspo kali ini bukan sahaja menyumbang kepada kestabilan dan peningkatan perdagangan luar, malah memperlihatkan kesungguhan China untuk menjamin kelancaran rantaian industri dan bekalan antarabangsa.

Jelasnya, ia termasuk melalui tindakan praktikal yang secara tidak langsung menyuntik momentum baharu bagi pemulihan perdagangan dan ekonomi dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here