KUALA LUMPUR, 21 Mei– Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) di Jalan Tebing di sini dijangka beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan di Lembah Klang bermula bulan depan.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) berkata mereka yang berminat  boleh mendaftar melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdA8AY6a-tZIBA95RATarxtgeoAT_KewU6NHBIAVXF_h_ZlVw/viewform sebelum ditutup pada pukul 3.30 petang, 31 Mei ini.

“Setiap OKU dibenarkan membawa seorang saudara atau penjaga. Penjaga ini juga layak didaftarkan bersama bagi mendapatkan vaksin,” katanya menerusi perkongsian audio dalam laman Twitter JKJAVMY.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin melalui ulang ciap perkongsian itu berkata perkara itu akan diteruskan ke seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here