Dialog Strategik China-AU Diadakan

Dialog Strategik China-Kesatuan Afrika (AU) ke-9 telah diadakan di ibu pejabat AU di Addis Ababa, ibu negara Ethiopia pada Khamis, diserikan dengan kehadiran Menteri Luar China, Wang Yi dan Pengerusi Jawatankuasa AU, Mahamoud Ali Youssouf.

Wang menyatakan bahawa pihaknya bersedia menjadikan pembangunannya sendiri sebagai penggerak untuk membantu negara-negara membangun termasuk yang di Afrika, memperjuangkan matlamat modernisasi bersama dan memelihara kepentingan Selatan Global. Kedua belah pihak perlu terus memanfaatkan platform Forum Kerjasama China-Afrika untuk memperkasakan kerjasama dalam bidang yang substantif, terus memperkukuh Perkongsian Strategik China-AU, serta mendorong AU memainkan peranan sebagai peneraju dalam konteks hubungan China-Afrika.

Menurut beliau, China bersedia terus memperkukuh dialog dan pertukaran dengan AU berhubung pelaksanaan empat ‘inisiatif global’, serta mendorong pembentukan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah. 

Mahamoud Ali Youssouf  pula menyatakan bahawa pihaknya menyanjung tinggi empat ‘inisiatif global’ anjuran Presiden Xi Jinping dan komited berusaha bersama dengan China untuk memelihara kepentingan Selatan Global dan mewujudkan keadilan dan pembangunan damai sedunia.