Persepsi Positif Rakyat AS terhadap China Meningkat

Lebih satu per empat rakyat Amerika Syarikat (AS) mempunyai pandangan yang positif terhadap negara China.

Demikian hasil tinjauan umum yang dikeluarkan firma Pew Research Center baru-baru ini, menerusi sampel analisis yang diambil termasuk 12,000 orang dewasa AS yang terdiri daripada pelbagai kumpulan.

Keputusan menunjukkan 27 peratus responden berpandangan baik terhadap China, keputusan itu meningkat 6 mata peratusan berbanding tahun lalu, atau hampir dua kali ganda berbanding peratusan terendah yang dicatat pada tahun 2023.

Sementara itu, persepsi rakyat AS terhadap hubungan antara Beijing dengan Washington juga berubah.

Antaranya, peratusan responden yang melihat China sebagai “musuh” menurun daripada 33 peratus pada 2025 kepada 28 peratus, manakala 10 peratus responden melihat China sebagai “rakan kongsi”.

Dalam tinjauan sama juga menyaksikan, keyakinan orang ramai terhadap keputusan yang dibuat Donald Trump mengenai China, semakin berkurangan.

Manakala, keyakinan orang ramai terhadap keputusan pemimpin China berhubung hal ehwal antarabangsa meningkat 17 peratus, iaitu hampir dua kali ganda berbanding tahun 2024.

Antaranya, anggota Parti Demokrat dan generasi muda AS memperlihatkan keyakinan yang lebih tinggi terhadap pemimpin China berbanding kumpulan lain. 

Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Pew, Laura Silver berkata di peringkat antarabangsa, lebih banyak negara mula melihat AS sebagai “ancaman.”