Presiden China Xi Jinping menghadiri majlis resepsi Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 anjuran Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Dewan Negara di Beijing pada Sabtu.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, mengucapkan Selamat TBC kepada rakyat pelbagai etnik di seluruh negara, saudara setanah air dari Hong Kong, Macau dan Taiwan serta perantau China di luar negara.
Xi berkata, tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-105 penubuhan PKC dan juga permulaan bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15.
Beliau menekankan keperluan untuk mengamalkan konsep pembangunan baharu secara tepat dan menyeluruh, mempercepat pembentukan paradigma pembangunan baharu, memacu pembangunan berkualiti tinggi, mengekalkan keharmonian dan kestabilan sosial, di samping memperkasa tadbir urus kendiri Parti bagi melakar permulaan baik pelaksanaan FYP ke-15.













Tinggalkan Balasan