‘Tahun Perbelanjaan Filem China’ Dilancarkan

‘Tahun Perbelanjaan Filem China’ dilancarkan di Beijing pada Jumaat sebagai usaha untuk merangsang perbelanjaan pengguna dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Aktiviti berkenaan dianjurkan bersama oleh Pentadbiran Perfileman China (CFA) dan Kumpulan Media China (CMG).

Poster aktiviti itu turut dipertontonkan pada dinding bangunan mercu tanda dan skrin besar luar di beberapa bandar termasuk Guangzhou, Chongqing, Wuhan, Zhuhai dan lain-lain.

Aktiviti itu akan membantu merancakkan lagi pasaran filem dan menggalakkan pembangunan industri perfileman negara secara berkualiti tinggi.

Siri tawaran dan promosi turut diperkenalkan untuk menggalakkan orang ramai masuk pawagam menikmati tayangan filem dengan harga lebih murah.