Jumlah Tren Ekspres China-Eropah Melalui “Koridor Timur”  Melebihi 500 Unit Pada 2026

Satu tren kereta api Ekspres China-Eropah yang penuh dengan kargo berlepas dari pintu sempadan kereta api Erenhot Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China pada pagi tadi.

Ia adalah tren Ekspres China-Eropah pertama yang beroperasi pada Tahun Kuda menurut kalendar tradisional Cina, yang turut menandakan jumlah tren Ekspres China-Eropah yang melalui “Koridor Timur”  melebihi 500 unit pada tahun ini.

Erenhot mempunyai satu-satunya pintu sempadan bagi perjalanan kereta api Ekspres China-Eropah yang melalui “Koridor Timur”.

Pada masa ini, bilangan laluan kereta api Ekspres China-Eropah yang beroperasi dari pintu sempadan ini telah meningkat kepada 75 batang yang menghubungkan lebih 70 bandar di lebih 10 negara, dan merangkumi kebanyakan bandar domestik yang berperanan sebagai terminal Ekspres China-Eropah.