Menteri Luar China Wang Yi berkongsi hasil lawatan rasmi Presiden Xi Jinping ke Vietnam, Malaysia dan Kemboja dengan pihak media pada Jumaat.
Wang berkata kunjungan berkenaan merupakan lawatan pertama Presiden Xi ke luar negara tahun ini, dan juga kegiatan diplomasi yang dilakukan selepas persidangan pusat mengenai kerja berkaitan negara jiran.
Menurut beliau, dalam senario dunia terkena tempias unilateralisme dan politik kuasa, lawatan Presiden Xi memberi tumpuan kepada visi komuniti berkongsi nasib, kejiranan baik dan ikatan muhibah serta kerjasama saling untung sehingga membuahkan hasil yang menggalakkan.
Tinggalkan Balasan