Buku bertajuk “Himpunan Ucapan Terpilih Xi Jinping mengenai Pembentukan dan Perlaksanaan Pandangan Prestasi Tadbir Urus yang Betul” telah diterbitkan Central Party Literature Press dan diedarkan ke seluruh negara baru-baru ini.
Buku tersebut amat penting sebagai panduan dan rujukan kepada organisasi dan anggota Parti Komunis China (PKC) untuk menjalankan tanggungjawab dan prinsip berkhidmat demi rakyat, membuat keputusan secara saintifik serta menumpukan usaha terhadap perlaksanaan dasar utama Jawatankuasa Pusat.
Buku yang disusun oleh Institut Sejarah dan Kesusasteraan Parti Jawatankuasa Pusat PKC ini dibahagikan kepada 7 topik dan menghimpunkan kira-kira 253 petikan daripada lebih 150 laporan, ucapan dan arahan kerja Xi dalam sepanjang tempoh November 2012 hingga Januari 2026 dan sebahagian daripada petikan yang diterbitkan ini merupakan pertama kali didedahkan kepada umum.













Tinggalkan Balasan