Sidang Kemuncak CEO APEC 2026 akan Diadakan di Shenzhen pada November

Sidang Kemuncak CEO Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 akan diadakan di bandar Shenzhen, selatan China pada 17 hingga 18 November nanti.

Sidang kemuncak anjuran Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China ini bertemakan “Bersama Memacu Kemakmuran Demi Masa Depan Yang Sama Menang”, dan dijangka menghimpunkan kira-kira 1,000 wakil kerajaan dan sektor perniagaan dari anggota APEC.

Para peserta akan bertukar-tukar pandangan dan mengadakan perbincangan mengenai isu-isu termasuk pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik, kesalinghubungan, kecerdasan buatan (AI) serta pembangunan mampan, selain mengemukakan cadangan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi Asia-Pasifik.