Lesen Operasi Lynas Malaysia Diperbaharui 10 Tahun

KUALA LUMPUR, 2 Mac — Malaysia memperbaharui lesen operasi Lynas Malaysia selama 10 tahun, berkuat kuasa esok.

Menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini, Lynas Rare Earths Ltd telah menerima surat daripada Jabatan Tenaga Atom Malaysia mengenai perkara itu dan pengawal selia itu akan mengeluarkan lesen rasmi tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas Rare Earths Amanda Lacaze berkata Lynas menyambut baik tempoh lesen yang lebih panjang itu, memberikan kepastian pelaburan kepada Lynas serta rakan rantaian bekalan dan pelanggan nadir buminya.

“Bagi pihak semua pekerja Lynas, kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas perhatian mereka terhadap perkara ini serta sokongan terhadap industri nadir bumi di Malaysia,” katanya.