Laporan Kerja Kerajaan: Sasaran Pertumbuhan Ekonomi 4.5 – 5 Peratus pada 2026

China menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2026 berada antara 4.5 peratus hingga 5 peratus.

Selain itu sasaran kadar pengangguran di kawasan bandar dan pekan dijangkan sekitar 5.5 peratus, manakala jumlah pekerjaan baharu di bandar dan pekan disasarkan melebihi 12 juta sepanjang tahun ini.

Demikian menurut laporan kerja kerajaan yang dibentangkan Perdana Menteri China, Li Qiang pada majlis pembukaan sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 di Beijing pagi tadi.