Ogos 2026 Direkodkan Bulan Terpanas Dunia – Saintis

LONDON, 10 Sept — Ogos lepas direkodkan sebagai bulan paling panas di dunia bersamaan Julai 2023, dengan suhu global 1.65 darjah Celcius (°C) melebihi zaman praindustri, kata saintis, lapor PA Media/dpa.

Bulan lepas terikat dengan Julai 2023 untuk bulan kalendar paling panas dalam rekod suhu, serta Ogos paling panas pernah direkodkan untuk dunia, kata saintis daripada Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah.

Eropah Barat mengalami musim panas paling terik dalam rekod, mengatasi rekod sebelumnya pada 2003, kata Copernicus.

Gelombang haba pada Ogos meneruskan trend haba melampau yang bermula pada Mei dengan kemarau teruk telah melanda United Kingdom (UK), Perancis, Hungary, Romania dan Serbia, dan sungai utama dari Rhine dan Danube ke Dnieper mengalami aliran yang sangat rendah, kata saintis Copernicus.