Masa depan hubungan antara China dengan Jepun bergantung pada pilihan Jepun, kata Menteri Luar China Wang Yi dalam sidang akhbar Sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 di Beijing pada Ahad.
Beliau mengatakan bahawa tahun lalu merupakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia. Pemimpin Jepun secara terang-terangan mendakwa bahawa kontingensi Taiwan akan membawakan “situasi ancaman kewujudan” kepada Jepun dan pihaknya boleh melakukan apa yang disebut sebagai hak pertahanan diri kolektif.

Wang Yi berkata, urusan Taiwan merupakan urusan dalaman China, manakala pihak Jepun tidak layak untuk mencampuri urusan tersebut.
Menurut beliau, tindakan Jepun membolehkan kita teringat akan zaman dahulu apabila militerisme Jepun melancarkan perang pencerobohan dengan menggunakan alasan “situasi ancaman kewujudan”. Ini sudah tentu akan menimbulkan kewaspadaan dan kebimbangan tinggi dalam kalangan rakyat China dan pelbagai negara Asia.
Rakyat Jepun diharap membuka mata dan tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk mengulangi kesalahan pada zaman ini. China yang semakin kuat dengan 1.4 bilion rakyat juga tidak akan membenarkan sesiapa pun lagi bersuara untuk penjajahan atau menulis semula sejarah pencerobohan.













Tinggalkan Balasan