Rakyat Malaysia Antara Lapan Terkorban Dalam Nahas Helikopter Di Indonesia

JAKARTA, 17 April — Seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Airbus H130  yang terhempas di Kalimantan Barat pada Khamis.

Timbalan Operasi dan Kesiapsiagaan Badan Nasional Mencari dan Menyelamat (Basarnas), Edy Prakoso berkata warga Malaysia itu merupakan seorang daripada enam penumpang pesawat malang berkenaan, yang turut membawa dua kru iaitu seorang juruterbang dan seorang juruteknik.

“Benar, seorang daripada mangsa merupakan warganegara asing dari Malaysia,” katanya menurut laporan Agensi Berita Antara pada Jumaat.

Edy berkata proses penyerahan mayat kepada ahli keluarga sedang dijalankan susulan prosedur pengecaman yang telah selesai.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penerbangan Awam Lukman F Laisa dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa warga Malaysia yang terkorban dikenal pasti sebagai Patrick K.