Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi keenam sedang berlangsung di bandar Haikou, provinsi Hainan. Acara yang disifatkan sebagai ‘barometer’ trend perbelanjaan global itu menarik perhatian dunia.
Satu tinjauan membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) menunjukkan sebanyak 85.1 peratus responden menyatakan bahawa ‘pergi ke China’ dan ‘melabur di China’ menjadi pilihan yang wajar dibuat syarikat asing untuk berintegrasi secara mendalam dengan pasaran global serta meningkatkan daya saing mereka di peringkat global.
CICPE 2026 menyaksikan penyertaan lebih 3,400 jenama dari lebih 60 negara dan wilayah. Antaranya produk asing mewakili 65 peratus daripada keseluruhan produk yang dipamerkan, meningkat 20 peratus berbanding edisi sebelumnya.
Hasil tinjauan mendapati 91.1 peratus responden menganggap CICPE menyediakan platform luas untuk kerjasama korporat global.
Sebanyak 89.3 peratus responden menyifatkan penganjuran CICPE memaparkan komitmen China dalam memperkasa keterbukaan bertaraf tinggi, sekali gus menyuntik momentum berterusan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.
Selain itu, 86.3 peratus responden berpendapat bahawa pasaran raksasa China menunjukkan potensi besar untuk terus berkembang, membolehkan negara-negara di dunia berkongsi peluang yang dijana olehnya.













Tinggalkan Balasan