Baru-baru ini, terdapat banyak badan media dan agensi asing yang memberikan tumpuan kepada sidang tahunan NPC dan CPPCC yang sedang berlangsung di Beijing.
Reuters dalam satu liputannya menunjukkan bahawa China telah menggubal satu pelan pembangunan bagi tempoh lima tahun akan datang, yang merancang mempercepat langkah dalam melakar pencapaian sains dan mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) ke dalam sistem industri dan ekonominya, dan menekankan kemandirian sains sebagai jaminan keselamatan negara di sebalik persaingan yang semakin sengit dengan Amerika Syarikat. Pelbagai matlamat yang sudah ditetapkan China memperlihatkan visi negara itu untuk membebaskan diri daripada perangkap pendapatan sederhana melalui pembangunan “kuasa produktif kualiti baharu”, dan mengurangkan impak dari kawalan eksport AS melalui peningkatan kemampuan berdikari.
Laman sesawang Jerman, Deutschland-China menyatakan bahawa draf Rancangan Lima Tahun menunjukkan pemodenan industri dan teknologi tinggi akan menyediakan jaminan untuk masa depan China.
Laman sesawang Delovoy Kazakhstan dalam satu laporannya menyatakan bahawa keputusan Beijing boleh membawa makna yang bersifat global secara amnya, dan akan membawa peluang ekonomi baharu bagi negara-negara Asia Tengah secara khasnya.













Tinggalkan Balasan