Dialog global bertemakan “China in Springtime: China’s Development Opportunities for the World” anjuran Kumpulan Media China (CMG) telah diadakan di Bangkok, Thailand pada Jumaat.
Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan videonya menyatakan bahawa Presiden China Xi Jinping ketika berucap di persidangan NPC dan CPPCC tahun ini pernah menegaskan pentingnya untuk terus meningkatkan tahap keterbukaan, meneroka pasaran di peringkat global, dan merancakkan kesalinghubungan antara “kitaran domestik” dengan “kitaran antarabangsa”. Peluang pembangunan baharu sentiasa boleh didapati di negara China yang disifatkan sebagai “oasis” berunsurkan kepastian. CMG akan proaktif dalam membantu meningkatkan kerelevanan pembangunan moden China dalam landskap dunia, serta berkongsi peluang-peluang baharu dalam pembangunan berkualiti tinggi China dengan rakan-rakan di seluruh dunia.
Dalam sesi dialog dalam acara tersebut, tetamu dari kalangan media, perniagaan dan sains teknologi China dan Thailand telah mengadakan pertukaran mendalam mengenai peluang kerjasama yang dibawa kepada Thailand malah dunia oleh Rancangan Lima Tahun ke-15 dan hasil pembangunan berkualiti tinggi China. Para tetamu menyatakan bahawa pelbagai negara harus merebut peluang berharga yang dibawa oleh pembangunan China, memperdalam kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pemadanan perniagaan berkaitan rantai industri dan inovasi teknologi untuk mencapai situasi yang saling menguntungkan dan sama menang.













Tinggalkan Balasan