Tun Dr Ling Liong Sik Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 4 April — Bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik, 83, meninggal dunia pagi ini.

Perkara itu disahkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Kami menerima berita sedih mengenai Tun Dr Ling yang meninggal dunia hari ini. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.