China dan Kanada bersetuju untuk menganjurkan dialog strategik ekonomi dan kewangan pada separuh kedua tahun ini.
Persetujuan itu dicapai semasa pertemuan antara Naib Perdana Menteri China He Lifeng dan Menteri Kewangan Kanada Francois-Philippe Champagne di Beijing pada Jumaat.
He selaku ketua pihak China bagi dialog berkenaan berkata, kedua-dua pihak harus melaksanakan dengan baik konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara sambil memperkukuh kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan dan kewangan bagi memantapkan hubungan ekonomi.
Champagne yang juga ketua bersama bagi dialog itu menzahirkan kesediaan pihaknya bersenergi dengan China untuk mendorong kerjasama ekonomi dan kewangan membuahkan lebih banyak hasil substantif.













Tinggalkan Balasan