China, Thailand Komited Perkukuh Koordinasi Strategik

Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China Wang Yi di Bangkok pada Jumaat.

Anutin menyatakan bahawa berdepan ketidaktentuan situasi antarabangsa pada masa ini, Thailand bersedia bersinergi dengan China dalam melaksanakan konsensus pemimpin kedua-dua negara, memperkasa penyelarasan strategi pembangunan, merapatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, di samping bertindak tegas membanteras kegiatan perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi.

Wang Yi pula berkata China bersedia bersama Thailand untuk menyemarakkan persahabatan tradisional, memperkukuh koordinasi strategik dan memperluas kerjasama dalam bidang tenaga baharu, pembinaan infrastruktur, industri pertanian dan lain-lain.

Tambah beliau, sebagai rakan bersama Thailand dan Kemboja, China bersedia terus mewujudkan wadah untuk kedua-dua pihak menjalankan dialog, membina semula kesalingpercayaan dan membaiki hubungan bilateral.