Mesyuarat ketiga Mekanisme Perundingan Menteri Luar China, Thailand Berlangsung di Bangkok

Mesyuarat ketiga Mekanisme Perundingan antara Menteri Luar China dan Thailand berlangsung di Bangkok pada Jumaat.

Mesyuarat itu dihadiri Menteri Luar China Wang Yi dan Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Menteri Luar Sihasak Phuangketkeow.

Wang Yi berkata, China bersedia terus menjadi rakan kongsi strategik yang boleh dipercayai bagi Thailand dan menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara yang lebih stabil, makmur dan mampan.

Menurut beliau, kedua-dua pihak hendaklah mengekalkan pertukaran peringkat tinggi, mempertingkat kepercayaan politik, memperkasa penyelarasan strategi pembangunan, di samping mempergiat usaha membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan dan merapatkan koordinasi pelbagai hala.

Tambah beliau, China berharap Thailand dan Kemboja berusaha mewujudkan suasana dialog, memperkukuh gencatan senjata dan menyelesaikan pertikaian sempadan dengan seawal mungkin.

Sihasak pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk memperkasa pertukaran peringkat tinggi dengan China sambil memperdalam kerjasama menyeluruh dalam aspek kesalinghubungan, ekonomi dan perdagangan serta usaha membanteras kegiatan perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas usaha China menggalakkan perdamaian dan rundingan untuk menyelesaikan pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja.