Menteri Luar China, Myanmar Berbincang di Nay Pyi Taw

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Myanmar U Tin Maung Swe di Nay Pyi Taw pada Sabtu.

Wang berkata kedua-dua negara harus bersinergi untuk memperkukuh kolaborasi dalam bidang elektrik, minyak dan gas, memperluas perdagangan dan pelaburan serta memajukan pembinaan Koridor Ekonomi China-Myanmar.

Beliau turut menyeru agar usaha sama dipergiat ke arah meneroka bidang kerjasama yang memuncul, memperkasa kerjasama keselamatan, selain meningkatkan lagi pertukaran dan latihan golongan belia.

Sementara itu, U Tin Maung Swe menyatakan kesediaan Myanmar untuk merapatkan pertukaran peringkat tinggi dengan China sambil mengintensifkan kerjasama dua hala dalam bidang latihan bakat, infrastruktur, landasan keretapi, pertanian, kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain.

Beliau berjanji akan menjamin keselamatan warga China yang terlibat dalam projek di Myanmar, serta bekerjasama dengan China untuk membanteras kegiatan perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi demi mencipta persekitaran yang kondusif kepada kerjasama dua negara.