Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Annalena Baerbock di Beijing pada Rabu.
Dalam pertemuan tersebut Wang Yi berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-55 keanggotaan Republik Rakyat China di PBB, dan menegaskan komitmen negara ini untuk mempertahankan sistem antarabangsa yang berteraskan PBB.
Beliau berkata China akan terus memacu pembangunan bersama melalui kemajuan domestiknya serta menyumbang kepada tadbir urus global melalui pendekatan yang berkesan.
Wang Yi turut menegaskan, resolusi 2758 Perhimpunan Agung PBB telah menyelesaikan sepenuhnya isu perwakilan China termasuk Taiwan di PBB, dan memaklumkan bahawa resolusi tersebut dihormati secara meluas dalam sistem PBB.
China menghargai perkara tersebut dan pada masa sama menegaskan bahawa negara Tembok Besar menentang sebarang ucapan atau tindakan yang mencabar kewibawaan resolusi tersebut.
Sementara itu Annalena Baerbock menyatakan harapan untuk memperkukuh kerjasama dengan China, dalam usaha melaksanakan inisiatif pembaharuan sempena ulang tahun ke-80 PBB, serta memperbaiki sistem tadbir urus global.
Beliau turut menegaskan bahawa Perhimpunan Agung PBB akan terus mematuhi resolusi tersebut.













Tinggalkan Balasan