Forum Pembaca Buku “Xi Jinping: The Governance of China” Diadakan di KL

Forum pembaca buku “Xi Jinping: The Governance of China” jilid kelima edisi bahasa Inggeris berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis, disertai kira-kira 200 wakil pelbagai kalangan dari China dan Malaysia.

Para peserta menyatakan bahawa karya Presiden Xi ini mengandungi pengalaman pembangunan dan konsep tadbir urus, yang mewakili kebijaksanaan Timur. China dan Malaysia mengadakan pertukaran pengalaman dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran negara secara mendalam melalui kesempatan ini adalah bermakna penting untuk memperdalam persahabatan, saling percaya antara negara, dan saling menguntungkan untuk situasi sama menang, malah menggalakkan pembinaan komuniti berkognsi nasib China-Malaysia yang strategik dan holistik.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul dalam ucapannya menyatakan bahawa buku tersebut membentangkan konsep pembangunan China, strategi penting serta kedudukannya dalam landskap global, yang kondusif untuk pembaca memahami secara mendalam logik pemikiran di sebalik dasar-dasar China.

Menurut beliau, bagi Malaysia, ini bukan sahaja menjadi satu saluran untuk memahami China, malah merupakan asas penting untuk mendorong hubungan dua hala berkembang dengan stabil dan koheren.

Beliau berharap kelompok pembaca dari kedua-dua negara melalui acara seumpama ini bertukar-tukar pandangan, memperdalam pemahaman, dan mengukuhkan kerjasama untuk memperkasa hubungan dua hala pada masa depan.

Dalam aktiviti itu, Menteri Pengangkutan Malaysia, Loke Siew Fook menyatakan bahawa naratif dan wacana mengenai pembangunan berkualiti tinggi, keterbukaan bertaraf tinggi, dan usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) memberikan ilham penting untuk memperhalusi kesalinghubungan Malaysia-China. Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kedua-dua negara telah mencapai hasil yang ketara dalam bidang tersebut. Malaysia bersedia terus merancakkan pertukaran dan kerjasama secara mendalam dengan China dalam pelbagai bidang. 

Dalam acara tersebut, penganjur dari pihak China telah menghadiahkan buku “Xi Jinping: The Governance of China” jilid kelima edisi bahasa Inggeris kepada para tetamu dari pihak Malaysia.