Usahawan AS Optimis Peluang Dijana Pasaran China

Pertemuan pemimpin China dan Amerika Syarikat (AS) telah menyuntik momentum baharu kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan wakil usahawan AS yang mengiringi lawatan Presiden Donald Trump ke China, dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) di Beijing.

Mereka optimis terhadap pembangunan China dalam jangka panjang serta peluang dijana pasaran negara Tembok Besar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cargill, Brian Sikes berkata ekonomi China berkembang kukuh dan mempunyai prospek yang cerah.

Sikes berkata dialog merupakan titik permulaan ke arah mencapai kesepakatan, sepertimana yang diperlihatkan menerusi pertemuan antara pemimpin China dan AS.

Menurut beliau, kerjasama erat akan membantu meningkatkan persefahaman dan membolehkan kedua-dua negara mengenal pasti bidang kolaborasi yang mampu memacu pertumbuhan bersama.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Qualcomm, Cristiano Renno Amon optimis terhadap hubungan China-AS.

Beliau berkata perkembangan teknologi membuka peluang besar, manakala ekonomi China yang penuh dinamik akan terus memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan global.