TEHRAN, 18 Mei — Speaker Parlimen Iran Mohammad Bagher Ghalibaf dilantik sebagai wakil khas negara itu bagi hal ehwal China.
Agensi berita Mehr (MNA) melaporkan bahawa berdasarkan maklumat yang diperoleh, Ghalibaf dinamakan sebagai Wakil Khas Iran bagi Hal Ehwal China.
Ghalibaf memikul tanggungjawab itu sebagai wakil khas Iran susulan cadangan presiden dan kelulusan Pemimpin Agung negara itu.
Sebelum ini, tanggungjawab berkenaan dipikul bekas Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran (SNSC), Allahyarham Ali Larijani dan Duta Besar Iran ke China Abdolreza Rahmani Fazli.













Tinggalkan Balasan