KUALA LUMPUR, 19 Mei — Penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila jumlah terkumpul kenderaan penumpang (Passenger Vehicle – PV) jenis Battery Electric Vehicle (BEV) sejak 2018 sehingga kini mencecah 94,165 unit.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata EV bukan lagi sekadar trend global tetapi telah menjadi satu keperluan strategik yang berkait rapat dengan aspek pelaburan, daya saing industri, keselamatan tenaga dan kesejahteraan rakyat.
“Hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) Bilangan 1/2026 di Menara MITI. Mesyuarat ini bagi memperkukuh pembangunan ekosistem EV negara.
“Malaysia telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dalam penggunaan EV, khususnya bagi kategori Battery Electric Vehicle (BEV),” katanya dalam hantaran melalui Facebook, malam ini.
Beliau berkata mesyuarat itu diharapkan dapat mengenal pasti penyelesaian praktikal dan berimpak tinggi, yang boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi memperkukuh pembangunan industri serta ekosistem EV negara secara lebih progresif, terselaras dan berdaya saing.
















Tinggalkan Balasan