Situasi di rantau Asia Barat kini berada pada titik persimpangan kritikal antara perang dan perdamaian.
Menghentikan peperangan secara menyeluruh merupakan sesuatu yang sangat mendesak, manakala mencetuskan semula konflik adalah sesuatu yang tidak wajar.
Justeru adalah amat penting untuk terus mengekalkan rundingan.
Demikian menurut Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Rabu.
Menurut Xi, penamatan konflik dengan segera akan membantu mengurangkan gangguan terhadap kestabilan bekalan sumber tenaga, kelancaran rantaian industri dan rantaian bekalan, serta orde perdagangan antarabangsa.
Xi berkata, empat cadangan yang dikemukannya bagi mendorong keamanan dan kestabilan di Asia Barat adalah bertujuan bagi menyatukan konsensus antarabangsa serta menyumbang kepada usaha untuk meredakan ketegangan, menghentikan peperangan dan menggalakkan perdamaian.












Tinggalkan Balasan