Majlis Pelancaran ‘Musim Penggunaan Perkhidmatan’ China 2026 sempena Medan Selera Hangzhou “Gastronomi Zhejiang” anjuran bersama Kementerian Perdagangan China dan Kumpulan Media China (CMG), telah diadakan di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang pada Isnin.
Di lokasi acara tersebut, Kementerian Perdagangan telah memaklumkan perincian tentang program “Musim Penggunaan Perkhidmatan” tahun ini yang bertema “Menikmati Perkhidmatan Baik, Bersama Mencipta Kehidupan Bahagia”, yang merangkumi lebih 160 aktiviti promosi penggunaan perkhidmatan dalam bidang berlainan sepanjang tahun 2026.
Serentak itu, CMG juga mengeluarkan langkah-langkah inovatif untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan, antaranya termasuk melaksanakan pelan penggunaan perkhidmatan berunsurkan “Piala Dunia+”, melancarkan siri aktiviti bertema melalui Pusat Kebudayaan Televisyen (TVCC) milik CMG serta menghasilkan sejumlah program premium bagi menggalakkan penggunaan di pelbagai kelompok yang kelainan lingkungan usia.













Tinggalkan Balasan