Agong Terima Menghadap Pengerusi SPR, Panglima Angkatan Tentera

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Seri Ramlan Harun.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu berlangsung di Istana Negara di sini.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman.

Hadir sama dalam pertemuan itu Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan yang baharu Leftenan Jeneral Datuk Fazal Abdul Rahman.

“Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung selama hampir sejam,” menurut hantaran itu.