PM Li Qiang Berucap Rasmikan Forum Davos Musim Panas ke-17

Pembangunan dipacu inovasi merupakan kunci kepada ketahanan dan kemantapan ekonomi China dalam jangka panjang, kata Perdana Menteri Li Qiang.

Beliau membuat kenyataan itu ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Forum Davos Musim Panas ke-17 di Dalian, provinsi Liaoning pada Rabu.

Li menyifatkan pertumbuhan ekonomi China yang mantap dan sihat disumbang oleh persekitaran yang stabil dan pembangunan berasaskan pacuan inovasi. 

Usaha akan dipergiat untuk mengukuhkan penyelidikan teknologi kritikal, meningkatkan keupayaan inovasi serta menggerakkan pengintegrasian inovasi melibatkan teknologi dan perindustrian.

Sudah dibuktikan bahawa teknologi dan produk dari sektor memuncul China telah membawa peluang kepada dunia, bukan tamparan atau ancaman, ujar beliau.

Kerjasama inovasi merupakan pilihan wajar bagi menyelesaikan kebuntuan pertumbuhan global, kata beliau sambil menekankan perlunya memperkasa kolaborasi untuk membina ekonomi dunia yang terbuka, memastikan rantaian bekalan dan perindustrian global kekal stabil dan lancar, serta mengumpul kekuatan inovasi secara lebih meluas.