MoU AS, Iran Perlu Dilaksana Bersama: MFA

Memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran perlu dipelihara dan dilaksanakan menerusi usaha bersama.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Guo Jiakun dalam sidang media pada Rabu.

Guo berkata, China sentiasa berpendirian bahawa isu hangat serantau dan percanggahan antara pihak terlibat perlu diselesaikan menerusi dialog dan rundingan.

China juga menentang sebarang tindakan kekerasan atau ugutan.

Tambah beliau, China menyokong segala usaha kondusif yang membawa kepada kedamaian, dan juga menyokong Iran mempertahankan keselamatan dan maruah bangsa serta memperbaiki hubungan dengan negara-negara serantau.